Khamis, 21 Mei 2015

Kelemasan

Assalamualaikum


Di saat kau merasa sulit dan merasa memerlukan, di saat itulah kau merasa sendiri.

Mencari di mana hilangnya permata itu
di lautan manakah, ombak kuat membadai
Engkau makin lemas dan hanyut
dipukul badai
sekali lagi
entah untuk keberapa kali
berenang mencari permukaan
di manakah permukaan itu
terus bertanya
berenang mencari tepian
di manakah tepian itu
masih hilang
dan terus hilang
sehingga kau rasa bagai ingin menenggelamkan diri
kerana kau merasa puas
puas mencari
tapi kau yakin permukaan itu, tepian itu dan permata itu ada
tapi di mana
Engkau sendiri di lautan yang begitu luas 
tiada siapa mahu menarikmu dari tenggelam terus ke dasar
bergelutlah engkau dengan badai yang terus menghempas dirimu
moga engkau mampu selamatkan dirimu dari mati kelemasan.
janganlah ditakuti badai itu kerana badai dan ombak itu memang lahirnya bersama lautan
maka usah kau merasa takut.

Tiada ulasan: