Selasa, 12 Mei 2015

Officially 21 yo

Assalamualaikum...


Alhamdulillah..11 Mei 2015,  i am officially 21 years old. Hurm..dah 21. First thing first yang ada dalam kepala aku ialah..first, apa yang aku dah capai selama 21 tahun ni. Second, terimbau segala suka duka pahit maung menempuh hidup sepanjang 21 tahun ni. Masih panjang lagi perjalanan ini kiranya masih dipinjamkan roh di dalam badan ini. Alhamdulillah, aku berjaya harungi segala kesakitan itu secara fizikal dan mental.

Bila dah mula berganjak dewasa ni banyak benda yang aku sudah mula belajar. Terkadang merahsiakan hari ulang tahun kelahiran membolehkan kita  tahu siapa yang ingat dan prihatin terhadap kita. Itu cuma salah satu tanda. Tak semestinya tak ingat tarikh lahir, bermakna dah lupa atau tidak peduli. Mungkin mereka sibuk...mungkin juga..ahh apa2 pun cubalah bersangka baik. Perasaan sangka baik itu sangat indah sebenarnya. Lagi indah kalau ianya seperti yang disangkakan. 

Di umur 21 ini, aku tak harapkan banyak. Aku cuma berharap aku mampu gembirakan kedua orang tua aku di saat2 terakhir mereka ataupun aku. Aku tahu hidup ini tidak selamanya berpanjangan. Akan ada titik atau noktah terakhir. Di samping itu, aku ingin sekali menghargai mereka2 yang hadir dalam hidup aku. Aku ingin belajar untuk lebih menghargai walaupun ada satu saat aku ada satu perasaan yang sukar untuk aku gambarkan. Perasaan takut, might be. Aku masih lawan rasa itu. Sebab aku rasa aku tak sepatutnya mengikut kata2 hati yang negatif sekiranya aku rasa apa yang aku buat ini kerana Allah taala. Aku hanya ingin membalas jasa dan menghargai. Terkadang aku takut disalahertikan lagi namun aku cepat2 menepis perasaan itu kerana aku tahu kiranya cara aku betul takkan terjadi salah faham lagi. Aku bersyukur sepanjang 21 tahun ini, ujian dan dugaan yang diberi Allah kepadaku, aku masih mampu menghadapinya. Aku bersyukur dipinjamkan insan2 yang banyak membantu aku, menabur jasa, membawa aku kepada kebaikan. Aku sekarang lebih redha sekiranya aku bakal kehilangan mereka lagi. People come and go. And i have to be ready enough to lose people i love again because the past has taught me a lot even i know some things are quite hard to let go of.



Aku tak tahu orang lain macam mana,tapi aku...perasaan dikasihi dan diingati insan2 rapat je yang aku inginkan. Aku nak belajar betul2, dapatkan pekerjaan yang baik supaya aku dapat membalas segala jasa insan2 yang banyak berbudi dalam hidup aku. Sejak hari itu hingga sekarang, doaku tak pernah putus supaya impian aku itu terlaksana. Hanya itu buat masa ini. 

And..if there is someone asking me what i want for my birthday present for this time, i would like to say that i want every person i love and the people who love me are with me right now today. Just for today only. But i knew it couldnt be happen because it hard to make it true. If and only if.

May Allah bless me always and guide me all the time and keep strong.

Tiada ulasan: