Sabtu, 12 September 2015

Hardest life

Assalamualaikum..

Alhamdulillah tahun pertama sebagai pelajar degree berakhir dengan baik meski ada waktu sukar mendatang tu. Syukurlah masih dapat bertahan. Banyak yang aku nak katakan kat sini. Tak upaya kalau nak cerita segala perjalanan perit jerih jadi pelajar universiti ni sebab semua orang ada kesusahan sendiri kan. Itu orang.

Aku cuma nak kata aku dah banyak berubah bila berada di alam universiti. Lain dengan aku di tingkatan enam mahupun di tingkatan lima. Aku pun tak sangka aku boleh berubah secepat tu. Aku tak tahu sama ada nak kata perubahan itu baik atau sebaliknya. Setahun aku bertahan, aku harap tahun seterusnya aku tak melalui apa yang aku lalui masa tahun pertama di universiti. Anggaplah tahun pertama ni tahun kegelapan aku.



Aku tak tahu apa yang membuat aku berubah. Ada waktu aku rasa aku penat. Aku nak jadi diri sendiri. Aku pernah kata dulu, bila semua ini (stpm) berakhir, dan aku dapat ke menara gading aku dah takde apa nak dibuktikan lagi dan aku akan hidup seperti mana orang-orang lain hidup, jalankan kehidupannya macam biasa, Namun, aku rasa aku hilang arah untuk seketika. Rasa tak bermaya. Apa yang boleh aku katakan aku rindu zaman kegemilangan aku masa di form6. Tak tahu mana silapnya. Sesekali aku terfikir, apakah hidup aku ni diredhai atau diberkati Allah? Entah. Waktu aku menaip sekarang ni pun entah ke mana-mana fikiran aku.

Aku tak jelas dan aku benci begini.Aku jadi tak tahu bagaimana untuk study. Guruku berpesan banyak kali supaya berkawan. Alhamdulillah...aku ada kawan2 yang sangat awesome di sisi. Aku tak nafikan. Sahabat susah senang bersama. Mereka pun rajin belajar ada matlamat. Tapi bukan aku. Aku bukanlah takde matlamat cuma aku terasa aku bagai hilang dalam mencapai matlamat aku. Kekadang aku rasa aku ini macam pengaruh buruk pada mereka. For seriously, yes i feel that way even now. Mereka tahulah macam mana keadaan aku. Even kawan sekolah aku masa form6 ada cakap aku dah banyak berubah. Aku bukan macam aku yang masa form6 dan itu agak menyedihkan aku. Sebab aku sedar apa maksudnya itu. Setiap masa aku cuba cari jalan untuk mengubah keadaan aku yang tak produktif itu tapi belum aku jumpa hingga satu saat aku alami kemurungan. Mujur aku jenis yang pandai mengawal kemurungan. Aku ingat pesanan guru aku supaya jangan sendirian selalu kerana itu boleh memudaratkan aku. Pesanan beliau tepat kena pada aku yang memang alami kondisi kemurungan waktu tu. Cikgu tak tahu pun. takde siapa yang tahu aku ada tanda2 kemurungan. Aku sedar aku kena cari jalan untuk atasi kemurungan. Ye, aku dapat atasi tapi aku tak dapat nak ubah sikap aku yang sangat berbeza. Aku rasa malas nak belajar, aku rasa lemah cepat penat, tak produktive, tak cergas, selalu cepat mengantuk dan ye aku banyak tidor. banyak sangat. Kalau dulu aku boleh stay up sampai pagi, tak tidur langsung tapi sekarang..sejak aku masuk uni, aku cepat rasa penat dan mengantuk. Tidur awal tapi bangun lewat. Solat pun kekadang tak terjaga dengan baik. Hurm, terlalu banyak beza rupanya. 



Perasaan paranoid muncul lagi. Trauma dengan orang2 di sekeliling aku tu tak pernah sudah. Susah juga rupanya nak merawat rasa paranoid, trauma fobia ni ye. Macam mana perasaan tu boleh timbul? bukan aku yang nak fikir terlalu banyak tapi apa yang berlaku dalam hidup aku banyak beri pengajaran yang manusia ini tidak sepenuhnya baik. Buatkan aku berfikir macam2 untuk mulakan sesuatu.  Mereka yang dulunya rapat, banyak bersembang dengan aku, tempat aku bercerita sudah jadi asing dalam hidup aku. Aku tak suka hidup dalam kepura-puraan. Mereka inilah yang melelahkan aku sebenarnya hingga aku rasa curiga bila berkomunikasi dengan manusia lain. Namun aku tetap cuba belajar untuk tidak salahkan mereka kerana aku sedar itulah proses kehidupan. Ujian untuk menguatkan aku. Tak selamanya aku akan jumpa manusia yang ikhlas dalam hidup ini. Apa apa pun Allah dan orang tua aku harus diutamakan dulu. Redha Allah datang dari redha mak ayah, Hurm, aku selalu ingatkan diri aku, belajarlah kerana Allah, kerana umi abah bila aku rasa malas tu mengundang namun sesekali ingatan tu tak terkesan di hati. Aku tahu aku pegang amanah besar...sebagai JPA holder aku tak boleh main-main. Aku kena belajar betul2 sebab tu amanah. Aku harap aku gunakan wang biasiswa tu ke jalan yang betul. Tapi tulah sekali sekala aku tersasar. Aku lupa. Aku sesat. Aku hilang. Bila dah berada di tahap ini, aku dah tak mengharapkan sesiapa jadi tempat aku berpaut. Aku tak harap ada manusia yang akan hulur tangannya membantu aku keluar dari belenggu ini kerana aku takkan benarkan lagi. Biarlah jatuh bangun aku sendiri dengan bimbingan Allah. Aku rindukan pelukan yang Esa. 

1 ulasan:

Miina Ramzan berkata...

setuju. saya sgt sesal juga bila manusia xboleh dipercayai dan hampir fobia utk bersembang :(