Khamis, 31 Mac 2016

New Chapter in 2016

Assalamualaikum…



Lama sungguh tak post apa2 entry kat sini…Dah masuk tahun lain pun. Alhamdulillah, masih lagi bernafas walaupun dah nyaris2 lemas dan nyawa2 ikan. Dah masuk sem keempat tahun kedua di UM. Makin hari makin sibuk, baru saja lepas 2 tests dan aku tak tahulah aku jawab apa untuk paper International Organization tu, and I have to worry about this paper, could be my killer paper this time. At least, sem ni sudah ada semangat tu, it feels like a brand new selepas apa yang berlaku dalam hidup aku dalam tempoh setahun ni. Alhamdulillah, so far life is good even though too much roughs and toughs things yang perlu ditempuhi. Sem lepas antara sem paling mencabar sepanjang dua tahun bergelar pelajar universiti (aku rasa tiap2 sem mencabar) but have to admit last sem sangat2 tough dan menguji kesabaran dan ketahanan diri aku. Sangat2 compare to now, I’ve lost myself, half of my soul gone and I don’t know how come me, myself been like that. Takde semangat langsung and kelas selalu je ponteng. Please don’t be like me. Huhu.

Lessons learnt yang aku dapat, walau sesusah mana pun liku-liku di hadapan, jalanilah ia dan tempuhilah kesukaran itu kerana dalam kesukaran itulah yang mengajar erti kuat sebenarnya. Jangan sesekali nak lari dari masalah sebab sejauh mana pun kau lari pasti masalah jugak yang perlu kau depani. Masalah tu takkan pernah habis. Ujian takkan pernah berhenti. Memang tujuan hidup manusia di dunia ni untuk diuji, dunia ni cuma pentas sementara, pentas manusia bersandiwara jer jadi macam mana nak lari dari hadapi masalah kan. Tabahkan hati, cekalkan jiwa dan tempuhinya dengan tenang. Still, im trying to think positive. Alhamdulillah, masih belum terlambat untuk menyedari tu and I have to be thankful pada mereka yang banyak bagi support untuk terus bertahan dan kuat. You know who you are. Thank you to all of you. Yeayh, dugaan demi dugaan menguji betapa diri ini teguh ataupun tidak dalam mencari jalan pulang pada penciptaNya.

Teringin aku nak share sedikit sebanyak perjalanan yang perlu aku tempuhi sebelum ni kat sini, tapi tak tahu pula mana nak mulakan sebab bertimpa2 ujian mendatang hinggakan tiba satu saat tu aku rasa give up yang amat dan ingin berehat sementara dari kemelut yang aku tak tahu hujung pangkalnya. Bukanlah meminta simpati ke apa...i don’t need any simpati, just sekadar berkongsi…yang baik jadikan teladan, yang tak elok jadikan pengajaran. Gitulah hidup ini…

So serba sedikit tentang sem ni…alhamdulillah selepas beberapa bulan operasi mencari diri dilakukan, aku dah rasa makin bersemangat and dah mula sayang nak skip kelas, itupun selepas aku buat pertemuan dengan guru kaunselor aku. Kalaulah aku tau punca kemelut itu, pasti dah lama aku pergi kepadanya tapi sebab ego ni tinggi bersama rasa malu, kununnya taknak orang pandang diri ni lemah, lembik rela mencari jalan keluar sendiri dan pendam rasa. Bahaya sebenarnya memendam rasa dan masalah ni, boleh buat kau stress sehingga tahap kemurungan if tak pandai control diri dan perasaan. So, pengajarannya, kalau dah rasa jauh tersasar tu janganlah takut untuk bangun mencari khilaf diri.  


Pada awalnya aku nak tangguhkan lagi pembelajaran aku untuk sesi ni…ohh ye, sem lepas pun aku dah extend gara2 kemalangan yang aku hadapi atas kecuaian sendiri menyebabkan tangan kiri aku patah di bahagian siku, bahu aku senget sebelah and pergelangan tangan kiri aku juga beralih…masa tu lagi 2 minggu nak masuk study week means aku dah pun berada di akhir sem satu untuk tahun kedua ni. Betapa sayangnya, tapi nak buat macam mana, aku kira tu macam satu peluang Allah bagi pada aku supaya berehat and fix everything dan berusaha mencari diri.…sebab memang aku dah pun lost, banyak yang tertinggal masa tu..Betapa Allah sayangkan aku kan..Katakanlah aku tidak tangguh belajar waktu tu, aku tak ditimpa kemalangan, dengan assignment tak buat, kelas selalu ponteng, agak2 bila aku exam, result aku macam mana? Dah tentu2 teruk, dah tu camne nak menjawab dengan JPA kan…

Hampir 2 bulan aku bercuti (cuti termasuk sem break)…3 minggu pertama tu, aku diuji lagi…Allah, sayang benar tuhan pada aku, bertimpa2 Dia duga aku. Bonda kesayangan dimasukkan wad kerana radang paru-paru. Seminggu di ICU, sebulan lebih aku berumahtangga di hospital. Jadi tidaklah aku berehat mana pun. Rawatan tangan aku yang patah ni pun tidak lagi aku kisah masa tu, yang penting aku kena sentiasa ada disisi bonda yang aku kasihi, takpelah tangan ni...nanti bila2 masa boleh buat rawatan lagi. Sepatutnya tangan ni perlu dimasukkan besi di bahagian siku yg patah tu, tapi sebab dah terlewat untuk itu, maka doctor sahkan tak dapat nak buat operation tu sebab tulang yg patah tu dah pun keras, do it or not still hasil dia sama, beri kesan pada pergelangan tangan and jari jemari ni, sekarang ni pun aku dah rasa sengal2, ngilu, lenguh2. Aku redha jer time tu, (sempatlah aku bermalam di PPUM tu, pengalaman yg takkan aku lupakan – 10 jam di emergency, sangat2 menduga.)

Di sini, aku nak rakamkan jutaan terima kasih pada keluarga dekat mahupun jauh, sahabat andai tak kira kawan ayahnda ke bonda ke atau kawan aku sendiri yang sudi datang melawat bondaku di hospital. Tak putus2 doa dikirimkan. Aku rasa sangat2 bertuah masa tu, sebab ramai yang peduli tentang bondaku…dan walaupun aku sendirian waktu tu tapi Allah hadirkan mereka yang tak putus2  bagi aku dan abah semangat untuk kuat masa tu. Ramai yang berkata ada hikmahnya bila aku ditimpa kemalangan tu, setidaknya aku dapat jaga umi ketika tu. Yup, aku sedar hikmah itu, sebab tu aku berpegang tiap apa yang berlaku, terjadi mesti ada hikmahnya, antara lambat atau cepat je hikmah tu nak mendatang. and..Tak lupa guru2 aku masa di sekolah rendah ataupun guru2 smkdri yang bertanya khabar, aku hargai dan paling3 aku hargai dan rasa terharu bila mana semua guru form6 atau cikgu2 ss yang rapat dengan aku sanggup luang masa melawat umi, walaupun mereka sibuk. Aku tersentuh sangat3…mereka tak lupa aku rupanya. Aku takkan pernah lupakan mereka yang sentiasa memberi semangat, mendoakan umi cepat sihat. Tak ada apa yang aku mampu beri untuk balas kebaikan mereka. Aku pun tak lupa jasa baik nurse2 dan doktor2 HSNZ yang merawat dan memastikan bonda hingga kembali sihat.

 

Dan….sepanjang masa di hospital banyak cerita, kisah, pengalaman, kenangan indah yang aku dapat. Semua tu tak dapat nak aku ceritakan di sini cuma aku ingin berkongsi rasa, aku rasa bersyukur dan bertuah bila mana aku ditimpa ujian, Allah pasti hadirkan seseorang dalam hidup aku sebagai tempat yang boleh aku meluahkan rasa hati. Aku kira tuhan tahu yang hambanya ini tidaklah sekuat seperti yang ditunjukkan dan orang nampak. Syukur aku masih mampu bertahan setelah diuji bertalu2 ketika itu..bukan tu sahaja, aku juga diuji dengan soal hati dan perasaan ketika itu yang membuatkan aku berada dalam dilemma namun pada masa yang sama aku tak mampu nak berfikir jauh, aku cuma menerima kebaikan orang yang datang dalam hidup aku masa tu, dalam masa sama aku rasa inilah the turning pointnya, aku perlu beri peluang pada diri dan ruang untuk menerima orang dalam hidup aku, means buang rasa paranoid tu. Namun, aku harap sangat keterbukaan aku ini dihargai dan tidak disia-siakan sebab bukan mudah untuk aku membuka pintu hati ini buat seseorang. Sebab aku masih belum bersedia untuk merasa kehilangan lagi ataupun dikecewakan. Aku harap tuhan berikan aku ketabahan bilamana aku harus pulangkan kembali apa yang dipinjamkanNya itu kepadaku sebab kita kena sedar semua apa yang kita ada sekarang ni semuanya pinjaman, bila2 masa Allah boleh ambil semula apa yang dipinjamkan pada hambanya. Jadi, bersedialah…and…still people come and go. They can leave whenever they want when they no longer can’t deal with our flaws. But when the times come, hopefully we can take it dan redha tu penting. Aku sendiri masih belajar untuk redha.

 

Fuhh…panjang betul coretan aku kali ini. Itulah bila terlalu lama tidak munculkan diri, pasti banyak benda yang ingin dikongsikan. So, balik pada life aku di semester kali ni, alhamdulillah umi aku dah slow2 kembali sihat walaupun aku rasa was2 mulanya, dan aku memang berniat nak extend sem ni untuk jaga umi aku sampai sihat di samping berehat dan mencari diri sendiri balik, tapi semua tu tak jadi bila aku pertimbangkan, fikir masak2, sedalam-dalamnya, dengar nasihat orang yang lagi tua dari aku, aku decide untuk teruskan perjalanan di semester ini. InsyaAllah sedaya upaya aku bina balik semangat aku perlahan-lahan yang hilang dulu, bina balik keyakinan diri sendiri, pohon kekuatan dari tuhan selalu sebabnya di situ kunci kekuatan di samping doa mak ayah dan orang2 yang kita sayang dan berharap pada kita. Ingat harapan mereka yang berharap. Aku cuba sibukkan diri supaya aku tak ada masa untuk kembali pada masa lalu, fokus apa yang perlu aku lakukan. Jalankan tanggungjawab yang dipikul sebaiknya. Susah payah macam mana sekalipun aku taknak mengalah, jangan lari dari masalah sebab memang hidup ini tidak boleh lari dari masalah, no matter what. Jangan biarkan rasa lemah menguasai diri…satu pesanan penting dariku, bila mana kau rasa kesunyian, kesepian ataupun keseorangan ingatlah kau masih punya tuhan sebagai tempat mengadu. Mengadulah padanya, menangislah di hadapannya (dalam solat), kerana aku percaya Allah menguji kerana Allah sayang dan Allah rindu nak dengar kita kembali dan mengadu kepadanya sebagai hambanya yang lemah lagi kerdil. Sebab hidup ini hanya pada Dia, tempat kita bergantung. Bergantung pada manusia, sakit yang kau akan dapat tapi bergantung pada yang maha mencipta, insyaAllah kau pasti menemui cahaya seperti mana yang aku lalui sekarang. Hidup jadi lebih tenang dan rasa bagai ada sinar harapan untuk kembali bangkit. Aku bercakap dari pengalaman aku sendiri. Aku masih mampu berdiri setelah berkali2 diuji kerana aku fikir Allah uji kerana Allah sayang aku, kita semua tahu Allah takkan beri sesuatu ujian tu melebihi kemampuan hambanya. Dan satu lagi…bila kita rasa masalah yang kita hadapi tu dah berat, banyak, ingatlah ramai lagi di luar sana yang berdepan ujian/masalah yang lagi berat dari kita. Bila kau selalu ingatkan diri kau tentang ini, pasti kau takkan mudah merasa rebah atau kecewa. Percayalah…

 

Hurm, itu sahaja coretan aku untuk kali ni. Maafkan aku kalau sekiranya tak sempat nak balas komen di blog ni sebab aku memang jarang blogging sekarang, ini pun curi masa sebentar. But if ada apa2 boleh go through terus pada facebook aku anifa mohdnoor sebabnya kalau facebook memang sentiasa online. Maafkanlah diri ini, kalau2 ada yang terlepas pandang...mana yang sempat memang diri ni amik masa untuk balas komen,email.. Entah bila lagi boleh blogging, semester ni memang sibuk dengan program, assignment (week7 & week10 aku ada 3 presentation serentak dalam minggu2 tu), projek dalam permata dan juga program2 under IRSOC memandangkan baru je petang tadi selesai AGM dan aku diberi amanah untuk mengetuai program lawatan ke kedutaan US bulan depan jadi doakan aku dapat pegang dan jalankan amanah itu sebaiknya. Ini salah satu cara aku untuk bangkit kembali mencabar diri sendiri. Moga Allah bersama kita semua memberi kekuatanNya kepada kita untuk menghadapi liku2 kehidupan yang penuh ranjau duri ini.

Terima kasih sudi luangkan membaca kisah hidup Anifa Mohdnoor / Fathin Hamimah Mohdnoor.
Maafkan kalau ada salah silap terbicara dalam entry kali ni, sekali lagi yang buruk jadikan sempadan dan pengajaran, yang baik jadikan teladan...