Selasa, 15 November 2016

Lemas

Assalamualaikum


Dah tiba penghujung 2016 tapi masih aku mencari diri sendiri yang hilang. Tak. Sudah lama aku berhenti cari diri aku yang dulu, aku rasa dah tiada guna mencari kembali diri  kerana aku takkan jumpa lagi dah Anifa Mohdnoor yang dulu. Kalau aku sendiri tak jumpa apatah lagi orang lain kan. Takpe, aku mengerti ada waktu aku kena berhenti mencari diri yang hilang tu, sebaliknya aku kena bina kekuatan atau jati diri aku yang baru.

Walau apa pun yang telah aku lalui tahun ini, aku harus bersyukur kerana aku masih lagi bernafas even though aku hampir2 lemas dalam kesesatan yang aku sendiri tak dapat nak kenal pasti. Kuat tuhan menduga aku kali ni. Tapi aku faham hidup ini memang untuk diduga. Macam yang aku kata dulu, hidup ini hanya pentas sandiwara...Aku kena kuat seperti mana aku kuat berdepan ujian2 lalu. Jika ini bahagian aku, aku harus terima dengan hati yang terbuka. Aku masih belajar untuk redha dan tidak berdendam. Memang lumrah bila harus melalui rasa kecewa dalam kehidupan tapi aku harus bijak berdepan dengan kekecewaan tu. Ye, tak nafi iman yang senipis bawang ni memang buat aku lupa dan alpa, terikut2 dengan perasaan tapi aku cuba kawal selagi mampu. Selagi aku mampu. Tapi aku tak tahu lama mana aku mampu bertahan.


Ubat yang aku ambil banyak membantu kembalikan fungsi aku yang hilang 8 bulan lalu. Bipolar disorder, borderline personality disorder dan juga anxiety disorder adalah kawan rapat aku sekarang. Dah lama sebenarnya tapi sikit pun aku tak sedar. Aku tak salahkan sesiapa, aku tak salahkan tuhan kerana menguji aku dengan begitu kuat hinggakan aku rasa aku dah tak mampu untuk bertahan lagi dan pernah berprasangka buruk pada tuhan. Tapi Allah itu maha penyayang, berapa kali cubaan untuk tinggalkan semua ni tapi masih Allah pelihara aku dan bagi aku ruang untuk bertaubat. Pada orang tua aku, aku mohon maaf selama aku dalam jagaan mereka aku banyak menyusahkan mereka. Aku sedar aku bukan anak yang baik. Aku cuba untuk jadi yang terbaik untuk mereka setelah aku sedar kesilapan aku yang dulu dan aku sedar tujuan atau hikmah aku hadir dalam hidup mereka, untuk menyenangkan dan membahagiakan mereka tapi sebaliknya aku banyak menyusahkan. Aku tak dapat jadi anak yang membahagiakan mereka. Sungguh aku rasa aku ini membebankan....


Episod manic dan depressive silih berganti. Ups and downs buatkan aku jadi tak menentu ditambah anxiety yang masih bersisa ni walaupun ubat diambil. Perlahan2 aku bangun dan bangkit mencari kekuatan diri. Sunyi memang sunyi. Sepi memang sepi. Semangat aku dah lama hilang. Aku sering berfikir apakah aku terlalu meletakkan semangat aku pada tempat yang tidak sepatutnya aku letak ? Aku rasa lega bila aku dapat lepas apa yang aku duk pegang selama ini. Aku tak mampu nak capai atau gapai matlamat, harapan orang terhadap aku yang tinggi menggunung. Bukan aku berputus asa. Tidak. Tapi aku sedar kemampuan aku kini setakat mana, terbatas. Selagi aku cuba penuhi impian orang terhadap aku makin aku sakit. Jadi, baik aku lepaskan dan aku yang tentukan hidup aku sendiri sama ada berjaya atau tidak, rugi atau untung. Biarkan aku.....


Aku rasa lega dapat menulis begini...meluahkan rasa hati begini..Aku tak tahu ujian apa lagi yang bakal mendatang dalam hidup aku, aku cuma berharap Allah kasihani aku, berikan aku kekuatan menempuh semua ujianNya. Aku amat rindukan pelukan tuhan, aku dambakan kasih sayangNya tapi aku rasa jauh dariNya. Aku inginkan seseorang yang boleh bimbing aku ke jalanNya. Aku tahu dan sedar apa yang aku ada sekarang ni semuanya pinjaman, sedangkan kebahagiaan juga satu pinjaman. Aku kena redha kan dgn apa yang Allah tentukan terhadap aku? Aku tak ada kuasa untuk menolak semua tu kan sebab bukannya kerja aku. Aku cuma boleh berdoa moga hidup aku dipermudahkan dan aku harap jiwa aku terus kuat bertahan. Aku nak jadi seorang wanita yang kuat dan pandai jaga kehormatan diri. 

Sebenarnya aku dalam dilemma, susah aku nak ungkapkan perasaan aku tika ni yang pasti aku rasa tersepit. Aku rasa aku dah banyak korbankan perasaan aku selama ini, mungkin belum cukup untuk menyakinkan sesiapa. Kekadang aku tertanya2 apa akhir hidup aku ini. Aku tahu sejauh mana aku lari dari tuhan, jauh dari tuhan tapi still aku akan kembali padaNya kerana Dia satu satunya tempat aku bergantung harap bukan manusia. Dah tiada kata2 rasanya, mungkin cukup sampai sini dulu, sekurangnya apa yg terbuku terluah sedikit, aku taknak terus pendam sebab aku tahu akan memakan jiwa aku lagi jika aku terus pendam sendiri. Aku takut nak meluahkan pada manusia sebab aku merasa aku akan menyusahkan mereka dengan cerita aku. Aku tanak ada yang simpati kerana bukan simpati yang aku pinta. Apakah salah apa yang aku rasa tu? Sebab aku serik bila sekali terkena aku akan pegang benda tu sampai bila2. Mungkin itu yang membina rasa paranoid dan personaliti borderline dalam diri aku. Personaliti yang aku pupuk sejak kecil barangkali.

Moga tuhan bagi aku kekuatan lalui semua ini.....


2 ulasan:

Noor Maizan berkata...

Semoga Allah memberimu kekuatan :')

sumon tripura berkata...

You have some really interesting blog posts on here! Glad I found it! I’m following you…Check out my blog if you get a chance! For more information visit k2 for sale